PARTI PERIKATAN


Parti ini ditubuhkan oleh  Tunku Abdul Rahman berdasarkan idea Dato Onn yang ingin meyatupadukan kaum di Tanah Melayu. Parti ini merupakan kerjasama antara UMNO dan MCA untuk mencapai kemerdekaan.Parti ini berjaya menyatupadukan antara orang melayu dengan bukan Melayu dengan melihat percapaian pilihanraya Majlis Bandaran Kuala Lumpur apabila parti ini memperoleh 9 daripada 12 kerusi yang dipertandingkan.


Hasil daripada perkembangan ini telah menarik minat  MIC untuk menyertai Parti Perikatan pada Oktober 1954.Akhirnya pada 27 Julai 1955, Parti Perikatan menang besar dalam Pilihanraya Kebangsaan yang diadakan pertama kalinya dengan memperolehi 51 kerusi daripada 52 kerusi.Ini menunjukan kerjasama antara kaum telah menunjukkan kerjasama kearah kemerdekaan.Seterusnya parti ini telah membentuk sebuah Kabinet yang diketua oleh Tunku Abdul Rahman sebagai Ketua Menteri diikuti 10 menteri iaitu 6 dari UMNO, 3 dari MCA dan 1 dari MIC. Hal ini jelas membawa kepada kemerdekaan dan menunjukan sikap tolak ansur dan kerjasama antara kaum memberi banyak kebaikan kepada negara.

0 comments:

Post a Comment