Parti Komunis Malaya (PKM)

PKM ditubuhkan semasa pemerintahan Pihak Jepun. Ketika itu PKM dikenali sebagai MPAJA. Ketika pemeritahan Jepun di Tanah Melayu, ramai penduduk yang hidup dalam keadaan menderita terutaman penduduk Cina yang disiksa dengan teruk. Ini disebabkan ramai orang cina di Tanah Melayu memberi bantuan kepada negara asal mereka China yang ketika itu sedang berperang dengan Jepun.Disebabkan itu ramai orang cina ditangkap dan dibunuh oleh pihak Jepun dan akhirnya tertubuhnya PKM.

PARTI KOMUNIS MALAYA

Setelah pihak Jepun menyerah kalah, MPAJA yang dikenali sebagai PKM telah mengambil kesempatan untuk membalas dendam kepada orang yang menyokong Jepun.

Sebelum dikenali sebagai PKM, perjuangan  MPAJA adalah betujuan  untuk menentang Jepun dan kemudia apabila Jepun kalah, MPAJA menukar nama kepada PKM yang bertujuan untuk menghalau British dari Tanah Melayu.

Apabila tertubuhnya Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Febuari 1948, telah menyebabkan PKM diketepikan oleh pihak British.Hal ini menyebabkan PKM membuat mogok dan rusuhan.PKM mula mengangkat senjata dan melakukan beberapa serangan hingga  Tanah Melayu diisytiharkan darurat oleh Sir Edward Gent.

Akhirnya disebabkan Kesukaran mendapatkan sokongan, PKM yang dipimpin Ching Peng telah mengadakan rundingan pada tahun 1955 yang dikenali Rundingan Baling. Namun tiada persetujuan yang dapat dicapai dan akhirnya setelah perbincangan dilakukan selepas itu, Pihak kerajaan membenarkan PKM dijadikan Parti Politik dan bebas begerak.


Rundingan Baling 


Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 ketika darurat masih lagi berkuatkuasa. Pada 31 Julai 1960, darurat ditamatkan setelah ancaman komunis semakin berkurangan dan pengunduran mereka ke sempadan Tanah Melayu dan Thailand. Penempatan baru komunis di sempadan telah membolehkan mereka mengumpul dan memulihkan kekuatannya.
Selepas sekian lama dan atas kesedaran pucuk pimpinan PKM, maka pada 2 Disember 1989, Perjanjian Damai (Perjanjian Haadyai) telah ditandatangani di antara Parti Komunis Malaya dengan Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Thailand. Perjanjian bersejarah itu telah menamatkan perjuangan bersenjata Parti Komunis Malaya selama 41 tahun dan mengembalikan taat setianya kepada Yang di-Pertuan Agong dan patuh kepada Perlembagaan dan undang-undang negara.




0 comments:

Post a Comment