JEPUN

Jepun merupakan kuasa ke 4 yang menguasai Tanah Melayu. Jepun ingin menjajah tanah melayu disebabkan ingin mencari kawasan yang baru kerana tanah di Jepun sudah tidak mencukupi selain ingin menguasai ekonomi Tanah Melayu.

Pihak Jepun mula perancangan untuk menakhluk Tanah Melayu ketika berlakunya Perang Dunia Kedua.Pada tahun 1940, Pihak Jepun telah berpihak kepada Pihak Jerman telah menguasai Norway, Holland, Belgium, Luxembourg dan Perancis manakala pihak Inggeris bersendirian menghalang kemaraan tentera Jerman.

Ketika perang ini berlangsung, Pihak Inggeris menumpukan  kekuatan tenteranya peperangan ini di Eropah dan membiarkan Tanah Melayu tanpa anggota tentera yang kuat, Tentera Jepun telah mengambil kesempatan dengan menyerang Tanah Melayu melalui tentera laut ,Udara, dan Darat dan menyebabkan tentera yang ada di Tanah Melayu tidak dapat menghalangnya.

 

Serangan Dari Udara                             Serangan Dari Darat                                                                              
Pada 13 Disember 1941, tentera Jepun telah berada di Kedah dan memulakan kemaraan mereka ke Singapura. Tentera Jepun mendarat di Singapura pada 8 Februari dan Singapura menyerah kalah kepada Jepun pada tanggal 15 Februari 1942.

Sabah jatuh ke tangan Jepun pada 19 Januari 1942 sementara Sarawak pula pada 1 April 1942.


Pihak Jepun menubuhkan pentadbiran tenteranya di Tanah Melayu, yang bertahan selama 42 bulan. Penjajahan Jepun telah membawa penderitaan kepada kebanyakan penduduk. Penjajahan ini tamat apabila pihak Jepun menyerah kalah pada bulan Ogos 1945. Tentera British di bawah Lord Louis Mountbatten menduduki semula Malaya pada 5 September 1945 dan Pentadbiran Tentera British ditubuhkan untuk mengurus negara ini.


0 comments:

Post a Comment