MIC




Pada mulanya,MIC merupakan parti petengahan kaum India dan dianggotai ahli professional berpendidikan Inggeris yang mempunyai kepentingan sendiri. Diperingkat awal, parti ini menyertai AMCJA kerana mereka beranggapan bahawa ia akan menguatkan parti mereka yang ketika itu lemah.


Namun, pada masa darurat,MIC telah mengubah dasar perjuangan parti dengan menjadikan parti perkauman.Setlah melihat kerjasama antara MCA dengan UMNO, MIC membuat keputusan untuk menjalinkan kerjasama dengan kedua-dua parti tersebut dan mengubah dasar mereka untuk menuntuk kemerdekaan.


                        Tun VT Sambanthan Presiden MIC 1
UMNO


Parti ini ditubuhkan pada 11 Mei 1946 yang memperjuangkan kepentingan Orang Melayu dan Presiden yang pertama ialah Dato Onn Jaafar. Parti ini ditubuhkan bertujuan untuk menyatupadukan orang-orang Melayu dalam satu badan bersuara yang kuat agar Malayan Union dimansuhkan.




Dato Onn Jaafar 

Selain itu, perjuangan Umno juga adalah untuk memulihkann kembali kedaulatan Raja-Raja Melayu yang sebelum ini dimansuhkan dimana kuasa Sultan adalah terhad berkaitan agama islam dan adat istiadat orang melayu.Selain itu,penubuhan Umno juga bertujuan memperjuangkan hak orang-orang melayu sebagai bumiputera.Setelah Dato Onn meletakan jawatan, Tunku Abdul Rahman telah mengambil alih pucuk pimpinan UMNO.



                      TUNKU ABDUL RAHMAN MENGANTIKAN DATO ONN
MCA


MCA ditubuhkan pada 27 Febuari 1949 dan presiden pertamanya ialah Tun Tan Cheng Lok.Pada mulanya, penubuhan MCA adalah bertujuan untuk menjaga kepentingan kaum Cina di Tanah Melayu. Parti ini mendapat sokongan dari pihak British yang bertujuan menggunakan menggunakan MCA untuk mematahkan sokongan cina kepa PKM.Pada masa ini MCA merupakan badan kebajikan yang diasaskan  oleh taukeh-taukeh Cina untuk menjaga kepentingan diri mereka.




Tun Tan Cheng Lok


MCA kemudian menukarkan perjuangan mereka dengan menjadi pertubuhan polotik pada tahun 1957. Terdapat 2 sebab penukaran ini berlaku


          1.Setelah melihat politik Melayu telah mempunyai sebuah parti politik
     
          2. Sebagai cara untuk meyatupadukan masyarakat Cina supaya
 memberi kesetiaan kepada MCA bukannya PKM
Parti Komunis Malaya (PKM)

PKM ditubuhkan semasa pemerintahan Pihak Jepun. Ketika itu PKM dikenali sebagai MPAJA. Ketika pemeritahan Jepun di Tanah Melayu, ramai penduduk yang hidup dalam keadaan menderita terutaman penduduk Cina yang disiksa dengan teruk. Ini disebabkan ramai orang cina di Tanah Melayu memberi bantuan kepada negara asal mereka China yang ketika itu sedang berperang dengan Jepun.Disebabkan itu ramai orang cina ditangkap dan dibunuh oleh pihak Jepun dan akhirnya tertubuhnya PKM.

PARTI KOMUNIS MALAYA

Setelah pihak Jepun menyerah kalah, MPAJA yang dikenali sebagai PKM telah mengambil kesempatan untuk membalas dendam kepada orang yang menyokong Jepun.

Sebelum dikenali sebagai PKM, perjuangan  MPAJA adalah betujuan  untuk menentang Jepun dan kemudia apabila Jepun kalah, MPAJA menukar nama kepada PKM yang bertujuan untuk menghalau British dari Tanah Melayu.

Apabila tertubuhnya Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Febuari 1948, telah menyebabkan PKM diketepikan oleh pihak British.Hal ini menyebabkan PKM membuat mogok dan rusuhan.PKM mula mengangkat senjata dan melakukan beberapa serangan hingga  Tanah Melayu diisytiharkan darurat oleh Sir Edward Gent.

Akhirnya disebabkan Kesukaran mendapatkan sokongan, PKM yang dipimpin Ching Peng telah mengadakan rundingan pada tahun 1955 yang dikenali Rundingan Baling. Namun tiada persetujuan yang dapat dicapai dan akhirnya setelah perbincangan dilakukan selepas itu, Pihak kerajaan membenarkan PKM dijadikan Parti Politik dan bebas begerak.


Rundingan Baling 


Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 ketika darurat masih lagi berkuatkuasa. Pada 31 Julai 1960, darurat ditamatkan setelah ancaman komunis semakin berkurangan dan pengunduran mereka ke sempadan Tanah Melayu dan Thailand. Penempatan baru komunis di sempadan telah membolehkan mereka mengumpul dan memulihkan kekuatannya.
Selepas sekian lama dan atas kesedaran pucuk pimpinan PKM, maka pada 2 Disember 1989, Perjanjian Damai (Perjanjian Haadyai) telah ditandatangani di antara Parti Komunis Malaya dengan Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Thailand. Perjanjian bersejarah itu telah menamatkan perjuangan bersenjata Parti Komunis Malaya selama 41 tahun dan mengembalikan taat setianya kepada Yang di-Pertuan Agong dan patuh kepada Perlembagaan dan undang-undang negara.