BELANDA


Belanda merupakan Kuasa Penjajah yang kedua yang menjajah negeri Melaka dan negeri-negeri di Tanah Melayu. Sebenarnya, Belanda mempunyai hubungan yang erat dengan Kerajaan Portugis kerana Pihak Belanda merupakan pelanggan utama dalam perniagaan rempah ratus dan lain-lain barang lagi.Namun, pada tahun 1580, Pihak Portugis telah bergabung dengan Sepanyol dibawah pemerintahan Raja Philip II, yang merupakan seteru Belanda.Baginda tidak lagi membenarkan Pihak belanda memasuki pelabuhan Portugis.


Hal ini membuatkan Pihak Belanda terpaksa mencari bahan rempah itu dengan sendiri. 1 Keputusan telah dibuat dimana Pihak Belanda telah berangkat sendiri ke Timur untuk melenyapkan penguasaan Portugis dalam peniagaan rempah.


Pada masa itu, Syarikat Hindia Timur Bersekutu  Belanda telah ditubuhkan untuk meyatupadukan  semua syarikat Belanda di Asia Tenggara. Terbukti penyatuan semua syarikat Belanda telah menyebabkan Syarikat Hindia Timur Bersekutu Belanda  berjaya menguasai Anbon salah satu kubu Portugis dan menjadi jajahan Belanda pertama di Kepulaun Melayu.


Kemudian,Pihak Belanda juga mahu Betawi iaitu tanah jajahannya menjadi pusat dagangan barangan timur menggantikan Portugis. Oleh itu,mereka telah mebuat serangan berterusan ke atas kapal-kapal Portugis pada awal kurun ke-17 dan pada tahun 1606, mereka telah melancarkan satu serangan ke atas Melaka, namun gagal. Pada tahun 1640, pihak Belanda dengan pakatan bersama pihak Melayu telah mengepung kota Melaka dan menghalang kemasukan bekalan makanan.


Akhirnya pada 16 januari 1641, Melaka telah jatuh ketangan Belanda.Satu Perjanjian telah diadakan bagi mebincangkan perkara-perkara tertentu  yang diketua Komandan Belanda, Willemson Kaatokoe,iaitu  peralihan kuasa dan syarat-syarat penyerahan dengan Gabenor Portugis, Dom Manuel de Souza Coutinho. Sejak ini,Belanda mula menguasai Melaka dan negeri-negeri lain.

0 comments:

Post a Comment