INGGERIS


INGGERIS atau British merupakan Penjajah yang ketiga yang menjajah negeri-negeri di Tanah Melayu. Kedudukan Belanda mula goyah apabila orang Bugis telah datang ke Tanah Melayu secara besar -besaran dan memberi saingan kepada Belanda dalam perniagaan Timah.


Kerajaan Belanda telah mengambil langkah dengan menjajah Johor-Riau.Hal ini meyebabkan peperangan berlaku antara Bugis dan Belanda dari tahun 1755 hingga tahun 1758 dan dari tahun 1783 hingga tahun 1784 bukan hanya melemahkan kuasa dan pengaruh Belanda di kawasan tersebut, malah telah menyebabkan kekayaan Syarikat Hindia Timur Belanda merosot. Walaupun Melaka masih lagi menarik perhatian para pedagang, Riau telah mengambil alih tempat sebagai pintu masuk ke Selat Melaka. Pihak Inggeris pula sudah mula tiba ke kawasan ini sebagai satu kuasa baru, terutamanya selepas peperangan keempat mereka dengan Belanda di antara tahun 1781 hingga tahun 1783. Mereka juga berjaya mempengaruhi beberapa pemerintah tempatan untuk menyebelahi mereka dan telah membuka sebuah pengkalan di Pulau Pinang pada tahun 1786.


Pada tahun 1975, Pergerakan Patriotik Revolusi Belanda telah menyerang Raja Belanda dan ketika itu Raja Belanda meminta pelindungan dari Pihak Inggeris.Pihak Inggeris telah mebuat keputusan untuk mengambil alih seluruh jajahan Belanda bagi menggelakan jajahan tersebut dikuasai Pihak Perancis.


Pada 15 Ogos 1795, angkatan Inggeris telah tiba di Melaka dan mengambil alih kuasa dari tangan Gabenor Belanda, Abrahamus Couperus. Walaupun berlaku tentangan terhadap penyerahan Melaka kepada Inggeris, ianya tidak mengakibatkan sebarang pergeseran di antara mereka. Melaka terus ditadbir oleh pegawai Belanda di bawah pengawasan seorang Residen Inggeris.


Berdasarkan Perjanjian Vienna pada tahun 1814, Melaka telah dikembalikan kepada Belanda pada 21 September 1818, namun Melaka diserahkan semula kepada pihak Inggeris pada 17 Mac 1824 berikutan Perjanjian London. Perjanjian ini membolehkan kedua-dua kuasa barat ini menumpukan perhatian mereka kepada kawasan jajahan masing-masing.Ini bermakna bahawa Pihak Inggeris menguasai Tanah Melayu dan Pihak Belanda menguasai jajahan Indonesia.




Pembahagian Kuasa Antara Pihak Inggeris Dan Belanda.

0 comments:

Post a Comment