KUASA PENJAJAH

PORTUGIS


Portugis merupakan penjajah yang pertama yang datang menguasai Tanah Melayu dan bermulanya penguasaanya di Melaka. Sebenarnya Portugis telah menguasai Goa namun mereka mendapati bahawa bukan India yang boleh memberi kekayaan kepada mereka namun Asia Tenggara terutamanya Melaka. Untuk mengetahui kekuatan Kerajaan Melaka, Pihak Portugis telah menghantar pasukan peninjau ke Melaka.


Pihak Portugis yang diketuai Diego Lopez de Sequeira telah datang dan membawa hadiah dan warkah kepada Sultan Melaka dan kedatangan mereka pada mulanya diterima baik namun disebabkan aduan yang diterima oleh perniaga india bahawa Pihak Portugis mempunya agenda lain, maka  askar-askar Melaka menyerang dan menangkap orang-orang Portugis hingga menyebabkan Lopez de Sequeira melarikan diri.


Berita penangkapan orang-orang Portugis sampai Ke pengetahuan  Ketua Angkata Portugis Alfonso D’ Albuquerque dan beliau mengarahkan sebuah angkatan yang mengandungi lapan belas buah kapal dengan 1,400 anggota yang terdiri daripada 800 orang Portugis dan 600 orang India Malabar, lalu menuju ke Melaka. Beliau melakukan serangan dan berjaya membuatkan Sultan Melaka membebaskan orang-orang Portugis yang ditangkap sebelum ini dan disebabkan perasaan tidak puas hati, Alfonso D’ Albuquerque  terus menyerang Melaka dan akhirnya Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511.Bermula inilah penjajahan keatas negeri-negeri di Tanah Melayu Bermula.



Askar Portugis yang di ketuai Alfonso D’ Albuquerque menyerang tentera Melaka



 Alfonso D’ Albuquerque



0 comments:

Post a Comment