Penubuhan Parti-Parti Politik di Tanah Melayu mempunyai titik mulanya berpunca dari konflik perkauman.Pada masi itu, orang melayu bersatu bagi menjamin hak orang melayu. Begitu juga dengan orang cina dan india dimana mereka juga bersatu untuk memastikan hak mereka terjamin.
Selain itu, Penubuhan Parti-Parti Politik adalah disebabkan penentangan terhadap Malayan Union yang dipekenalkan oleh Pihak British. Ini kerana dengan adanya Malayan Union, ia menukarkan taraf negeri2 melayu daripada negeri naungan British kepada jajahan British,ia juga menghapuskan hak istimewa orang Melayu sebagai bumiputera dengan memperkenalkan konsep Jus Soli dan fakgtor2 lain.Pada mulanya parti-parti politik ditubuhkan untuk menjaga hak kaum masing-masing namun dasar perjuangan ditukar kemudiannya untuk menuntut kemerdakaan daripada pihak British
PENUBUHAN PARTI POLITIK
Posted by
Muhammad Izzuan Bin Roslan
on Monday, 21 November 2011
Labels:
Parti Politik
/
Comments: (0)
Posted by
Muhammad Izzuan Bin Roslan
on Sunday, 20 November 2011
Labels:
Parti Politik
/
Comments: (0)
PARTI PERIKATAN
Parti ini ditubuhkan oleh Tunku Abdul Rahman berdasarkan idea Dato Onn yang ingin meyatupadukan kaum di Tanah Melayu. Parti ini merupakan kerjasama antara UMNO dan MCA untuk mencapai kemerdekaan.Parti ini berjaya menyatupadukan antara orang melayu dengan bukan Melayu dengan melihat percapaian pilihanraya Majlis Bandaran Kuala Lumpur apabila parti ini memperoleh 9 daripada 12 kerusi yang dipertandingkan.
Hasil daripada perkembangan ini telah menarik minat MIC untuk menyertai Parti Perikatan pada Oktober 1954.Akhirnya pada 27 Julai 1955, Parti Perikatan menang besar dalam Pilihanraya Kebangsaan yang diadakan pertama kalinya dengan memperolehi 51 kerusi daripada 52 kerusi.Ini menunjukan kerjasama antara kaum telah menunjukkan kerjasama kearah kemerdekaan.Seterusnya parti ini telah membentuk sebuah Kabinet yang diketua oleh Tunku Abdul Rahman sebagai Ketua Menteri diikuti 10 menteri iaitu 6 dari UMNO, 3 dari MCA dan 1 dari MIC. Hal ini jelas membawa kepada kemerdekaan dan menunjukan sikap tolak ansur dan kerjasama antara kaum memberi banyak kebaikan kepada negara.

on Tuesday, 15 November 2011
Labels:
Parti Politik
/
Comments: (0)
PAS
PAS merupakan parti yang berideologikan kepada Agama Islam.Matlamat penubuhan ialah memperjuangkan penubuhan sebuah negara yang berlandaskan ajaran Agama Islam.Parti ini kebanyakan pemimpin agama dalam kalangan kampung dan guru-guru agama.
PAS merupakan parti yang berideologikan kepada Agama Islam.Matlamat penubuhan ialah memperjuangkan penubuhan sebuah negara yang berlandaskan ajaran Agama Islam.Parti ini kebanyakan pemimpin agama dalam kalangan kampung dan guru-guru agama.
Posted by
Muhammad Izzuan Bin Roslan
Labels:
Parti Politik
/
Comments: (0)
PARTI KEMERDEKAAN TANAH MELAYU(IMP)
IMP ditubuhkan oleh Dato Onn selepas meletak jawatan dalam UMNO.Dato Onn meletak jawatan setelah cadangannya untuk membuka keahlian UMNO kepada orang bukan melayu dan kerjasama antara orang Melayu denan bukan Melayu tidak diterima ahli Umno.Oleh itu Dato Onn membuat keputusan menubuhkan parti baru.
IMP merupakan parti politik yang tidak bersifat perkauman kerana mempunya ahli daripada berbilang kaum dan ditubuhkan pada tahun 1951.Ia merupakan parti politik pertama yang terdiri daripada berbilang kaum.Namun disebakan pada masa itu, politik perkauman masih menebal,maka parti ini tidak dapat sambutan yang menggalakan daripada penduduk Tanah Melayu.

Pada mulanya,MIC merupakan parti petengahan kaum India dan dianggotai ahli professional berpendidikan Inggeris yang mempunyai kepentingan sendiri. Diperingkat awal, parti ini menyertai AMCJA kerana mereka beranggapan bahawa ia akan menguatkan parti mereka yang ketika itu lemah.
Namun, pada masa darurat,MIC telah mengubah dasar perjuangan parti dengan menjadikan parti perkauman.Setlah melihat kerjasama antara MCA dengan UMNO, MIC membuat keputusan untuk menjalinkan kerjasama dengan kedua-dua parti tersebut dan mengubah dasar mereka untuk menuntuk kemerdekaan.
Tun VT Sambanthan Presiden MIC 1
Posted by
Muhammad Izzuan Bin Roslan
Labels:
Parti Politik
/
Comments: (0)
UMNO
Parti ini ditubuhkan pada 11 Mei 1946 yang memperjuangkan kepentingan Orang Melayu dan Presiden yang pertama ialah Dato Onn Jaafar. Parti ini ditubuhkan bertujuan untuk menyatupadukan orang-orang Melayu dalam satu badan bersuara yang kuat agar Malayan Union dimansuhkan.
Selain itu, perjuangan Umno juga adalah untuk memulihkann kembali kedaulatan Raja-Raja Melayu yang sebelum ini dimansuhkan dimana kuasa Sultan adalah terhad berkaitan agama islam dan adat istiadat orang melayu.Selain itu,penubuhan Umno juga bertujuan memperjuangkan hak orang-orang melayu sebagai bumiputera.Setelah Dato Onn meletakan jawatan, Tunku Abdul Rahman telah mengambil alih pucuk pimpinan UMNO.
TUNKU ABDUL RAHMAN MENGANTIKAN DATO ONN
Parti ini ditubuhkan pada 11 Mei 1946 yang memperjuangkan kepentingan Orang Melayu dan Presiden yang pertama ialah Dato Onn Jaafar. Parti ini ditubuhkan bertujuan untuk menyatupadukan orang-orang Melayu dalam satu badan bersuara yang kuat agar Malayan Union dimansuhkan.
Dato Onn Jaafar
Posted by
Muhammad Izzuan Bin Roslan
Labels:
Parti Politik
/
Comments: (0)
MCA
MCA ditubuhkan pada 27 Febuari 1949 dan presiden pertamanya ialah Tun Tan Cheng Lok.Pada mulanya, penubuhan MCA adalah bertujuan untuk menjaga kepentingan kaum Cina di Tanah Melayu. Parti ini mendapat sokongan dari pihak British yang bertujuan menggunakan menggunakan MCA untuk mematahkan sokongan cina kepa PKM.Pada masa ini MCA merupakan badan kebajikan yang diasaskan oleh taukeh-taukeh Cina untuk menjaga kepentingan diri mereka.
MCA kemudian menukarkan perjuangan mereka dengan menjadi pertubuhan polotik pada tahun 1957. Terdapat 2 sebab penukaran ini berlaku
1.Setelah melihat politik Melayu telah mempunyai sebuah parti politik
2. Sebagai cara untuk meyatupadukan masyarakat Cina supaya
memberi kesetiaan kepada MCA bukannya PKM

Tun Tan Cheng Lok

Parti Komunis Malaya (PKM)
PKM ditubuhkan semasa pemerintahan Pihak Jepun. Ketika itu PKM dikenali sebagai MPAJA. Ketika pemeritahan Jepun di Tanah Melayu, ramai penduduk yang hidup dalam keadaan menderita terutaman penduduk Cina yang disiksa dengan teruk. Ini disebabkan ramai orang cina di Tanah Melayu memberi bantuan kepada negara asal mereka China yang ketika itu sedang berperang dengan Jepun.Disebabkan itu ramai orang cina ditangkap dan dibunuh oleh pihak Jepun dan akhirnya tertubuhnya PKM.
PARTI KOMUNIS MALAYA
Setelah pihak Jepun menyerah kalah, MPAJA yang dikenali sebagai PKM telah mengambil kesempatan untuk membalas dendam kepada orang yang menyokong Jepun.
Sebelum dikenali sebagai PKM, perjuangan MPAJA adalah betujuan untuk menentang Jepun dan kemudia apabila Jepun kalah, MPAJA menukar nama kepada PKM yang bertujuan untuk menghalau British dari Tanah Melayu.
Apabila tertubuhnya Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Febuari 1948, telah menyebabkan PKM diketepikan oleh pihak British.Hal ini menyebabkan PKM membuat mogok dan rusuhan.PKM mula mengangkat senjata dan melakukan beberapa serangan hingga Tanah Melayu diisytiharkan darurat oleh Sir Edward Gent.
Akhirnya disebabkan Kesukaran mendapatkan sokongan, PKM yang dipimpin Ching Peng telah mengadakan rundingan pada tahun 1955 yang dikenali Rundingan Baling. Namun tiada persetujuan yang dapat dicapai dan akhirnya setelah perbincangan dilakukan selepas itu, Pihak kerajaan membenarkan PKM dijadikan Parti Politik dan bebas begerak.
Rundingan Baling
Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 ketika darurat masih lagi berkuatkuasa. Pada 31 Julai 1960, darurat ditamatkan setelah ancaman komunis semakin berkurangan dan pengunduran mereka ke sempadan Tanah Melayu dan Thailand. Penempatan baru komunis di sempadan telah membolehkan mereka mengumpul dan memulihkan kekuatannya.
Selepas sekian lama dan atas kesedaran pucuk pimpinan PKM, maka pada 2 Disember 1989, Perjanjian Damai (Perjanjian Haadyai) telah ditandatangani di antara Parti Komunis Malaya dengan Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Thailand. Perjanjian bersejarah itu telah menamatkan perjuangan bersenjata Parti Komunis Malaya selama 41 tahun dan mengembalikan taat setianya kepada Yang di-Pertuan Agong dan patuh kepada Perlembagaan dan undang-undang negara.
JEPUN
Jepun merupakan kuasa ke 4 yang menguasai Tanah Melayu. Jepun ingin menjajah tanah melayu disebabkan ingin mencari kawasan yang baru kerana tanah di Jepun sudah tidak mencukupi selain ingin menguasai ekonomi Tanah Melayu.
Pihak Jepun mula perancangan untuk menakhluk Tanah Melayu ketika berlakunya Perang Dunia Kedua.Pada tahun 1940, Pihak Jepun telah berpihak kepada Pihak Jerman telah menguasai Norway, Holland, Belgium, Luxembourg dan Perancis manakala pihak Inggeris bersendirian menghalang kemaraan tentera Jerman.
Ketika perang ini berlangsung, Pihak Inggeris menumpukan kekuatan tenteranya peperangan ini di Eropah dan membiarkan Tanah Melayu tanpa anggota tentera yang kuat, Tentera Jepun telah mengambil kesempatan dengan menyerang Tanah Melayu melalui tentera laut ,Udara, dan Darat dan menyebabkan tentera yang ada di Tanah Melayu tidak dapat menghalangnya.
Serangan Dari Udara Serangan Dari Darat
Pada 13 Disember 1941, tentera Jepun telah berada di Kedah dan memulakan kemaraan mereka ke Singapura. Tentera Jepun mendarat di Singapura pada 8 Februari dan Singapura menyerah kalah kepada Jepun pada tanggal 15 Februari 1942.
Sabah jatuh ke tangan Jepun pada 19 Januari 1942 sementara Sarawak pula pada 1 April 1942.
Pihak Jepun menubuhkan pentadbiran tenteranya di Tanah Melayu, yang bertahan selama 42 bulan. Penjajahan Jepun telah membawa penderitaan kepada kebanyakan penduduk. Penjajahan ini tamat apabila pihak Jepun menyerah kalah pada bulan Ogos 1945. Tentera British di bawah Lord Louis Mountbatten menduduki semula Malaya pada 5 September 1945 dan Pentadbiran Tentera British ditubuhkan untuk mengurus negara ini.
INGGERIS
INGGERIS atau British merupakan Penjajah yang ketiga yang menjajah negeri-negeri di Tanah Melayu. Kedudukan Belanda mula goyah apabila orang Bugis telah datang ke Tanah Melayu secara besar -besaran dan memberi saingan kepada Belanda dalam perniagaan Timah.
Kerajaan Belanda telah mengambil langkah dengan menjajah Johor-Riau.Hal ini meyebabkan peperangan berlaku antara Bugis dan Belanda dari tahun 1755 hingga tahun 1758 dan dari tahun 1783 hingga tahun 1784 bukan hanya melemahkan kuasa dan pengaruh Belanda di kawasan tersebut, malah telah menyebabkan kekayaan Syarikat Hindia Timur Belanda merosot. Walaupun Melaka masih lagi menarik perhatian para pedagang, Riau telah mengambil alih tempat sebagai pintu masuk ke Selat Melaka. Pihak Inggeris pula sudah mula tiba ke kawasan ini sebagai satu kuasa baru, terutamanya selepas peperangan keempat mereka dengan Belanda di antara tahun 1781 hingga tahun 1783. Mereka juga berjaya mempengaruhi beberapa pemerintah tempatan untuk menyebelahi mereka dan telah membuka sebuah pengkalan di Pulau Pinang pada tahun 1786.
Pada tahun 1975, Pergerakan Patriotik Revolusi Belanda telah menyerang Raja Belanda dan ketika itu Raja Belanda meminta pelindungan dari Pihak Inggeris.Pihak Inggeris telah mebuat keputusan untuk mengambil alih seluruh jajahan Belanda bagi menggelakan jajahan tersebut dikuasai Pihak Perancis.
Pada 15 Ogos 1795, angkatan Inggeris telah tiba di Melaka dan mengambil alih kuasa dari tangan Gabenor Belanda, Abrahamus Couperus. Walaupun berlaku tentangan terhadap penyerahan Melaka kepada Inggeris, ianya tidak mengakibatkan sebarang pergeseran di antara mereka. Melaka terus ditadbir oleh pegawai Belanda di bawah pengawasan seorang Residen Inggeris.
Berdasarkan Perjanjian Vienna pada tahun 1814, Melaka telah dikembalikan kepada Belanda pada 21 September 1818, namun Melaka diserahkan semula kepada pihak Inggeris pada 17 Mac 1824 berikutan Perjanjian London. Perjanjian ini membolehkan kedua-dua kuasa barat ini menumpukan perhatian mereka kepada kawasan jajahan masing-masing.Ini bermakna bahawa Pihak Inggeris menguasai Tanah Melayu dan Pihak Belanda menguasai jajahan Indonesia.

Pembahagian Kuasa Antara Pihak Inggeris Dan Belanda.
BELANDA
Belanda merupakan Kuasa Penjajah yang kedua yang menjajah negeri Melaka dan negeri-negeri di Tanah Melayu. Sebenarnya, Belanda mempunyai hubungan yang erat dengan Kerajaan Portugis kerana Pihak Belanda merupakan pelanggan utama dalam perniagaan rempah ratus dan lain-lain barang lagi.Namun, pada tahun 1580, Pihak Portugis telah bergabung dengan Sepanyol dibawah pemerintahan Raja Philip II, yang merupakan seteru Belanda.Baginda tidak lagi membenarkan Pihak belanda memasuki pelabuhan Portugis.
Hal ini membuatkan Pihak Belanda terpaksa mencari bahan rempah itu dengan sendiri. 1 Keputusan telah dibuat dimana Pihak Belanda telah berangkat sendiri ke Timur untuk melenyapkan penguasaan Portugis dalam peniagaan rempah.
Pada masa itu, Syarikat Hindia Timur Bersekutu Belanda telah ditubuhkan untuk meyatupadukan semua syarikat Belanda di Asia Tenggara. Terbukti penyatuan semua syarikat Belanda telah menyebabkan Syarikat Hindia Timur Bersekutu Belanda berjaya menguasai Anbon salah satu kubu Portugis dan menjadi jajahan Belanda pertama di Kepulaun Melayu.
Kemudian,Pihak Belanda juga mahu Betawi iaitu tanah jajahannya menjadi pusat dagangan barangan timur menggantikan Portugis. Oleh itu,mereka telah mebuat serangan berterusan ke atas kapal-kapal Portugis pada awal kurun ke-17 dan pada tahun 1606, mereka telah melancarkan satu serangan ke atas Melaka, namun gagal. Pada tahun 1640, pihak Belanda dengan pakatan bersama pihak Melayu telah mengepung kota Melaka dan menghalang kemasukan bekalan makanan.
Akhirnya pada 16 januari 1641, Melaka telah jatuh ketangan Belanda.Satu Perjanjian telah diadakan bagi mebincangkan perkara-perkara tertentu yang diketua Komandan Belanda, Willemson Kaatokoe,iaitu peralihan kuasa dan syarat-syarat penyerahan dengan Gabenor Portugis, Dom Manuel de Souza Coutinho. Sejak ini,Belanda mula menguasai Melaka dan negeri-negeri lain.

KUASA PENJAJAH
PORTUGIS
Portugis merupakan penjajah yang pertama yang datang menguasai Tanah Melayu dan bermulanya penguasaanya di Melaka. Sebenarnya Portugis telah menguasai Goa namun mereka mendapati bahawa bukan India yang boleh memberi kekayaan kepada mereka namun Asia Tenggara terutamanya Melaka. Untuk mengetahui kekuatan Kerajaan Melaka, Pihak Portugis telah menghantar pasukan peninjau ke Melaka.
Pihak Portugis yang diketuai Diego Lopez de Sequeira telah datang dan membawa hadiah dan warkah kepada Sultan Melaka dan kedatangan mereka pada mulanya diterima baik namun disebabkan aduan yang diterima oleh perniaga india bahawa Pihak Portugis mempunya agenda lain, maka askar-askar Melaka menyerang dan menangkap orang-orang Portugis hingga menyebabkan Lopez de Sequeira melarikan diri.
Berita penangkapan orang-orang Portugis sampai Ke pengetahuan Ketua Angkata Portugis Alfonso D’ Albuquerque dan beliau mengarahkan sebuah angkatan yang mengandungi lapan belas buah kapal dengan 1,400 anggota yang terdiri daripada 800 orang Portugis dan 600 orang India Malabar, lalu menuju ke Melaka. Beliau melakukan serangan dan berjaya membuatkan Sultan Melaka membebaskan orang-orang Portugis yang ditangkap sebelum ini dan disebabkan perasaan tidak puas hati, Alfonso D’ Albuquerque terus menyerang Melaka dan akhirnya Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511.Bermula inilah penjajahan keatas negeri-negeri di Tanah Melayu Bermula.

Askar Portugis yang di ketuai Alfonso D’ Albuquerque menyerang tentera Melaka
Alfonso D’ Albuquerque
MALAYSIA SEBELUM MERDEKA
Posted by
Muhammad Izzuan Bin Roslan
Labels:
Sejarah Malaysia
/
Comments: (0)
Salam dihulurkan terlebih dahulu. Pada entri ini, saya akan menceritakan serba ringkas bagaimana keaadaan malaysia sebelum merdeka. Malaysia sebelum Merdeka lebih dikenali sebagai TANAH MELAYU dan ketika ini TANAH MELAYU ini terkenal dengan kawasan perdagangan dan tempat berteduh angin monsun. Selain itu, TANAH MELAYU terkenal dengan hasil- hasil bumunyi seperti bijih timah, getah dan lain-lain.
Berpunca dari faktor-faktor ini mendorong kuasa asing untuk datang berdagang dan untuk menguasai hasil-hasil di TANAH MELAYU. Pada Masa ni lah TANAH MELAYU di kuasai penjajah seperti PORTUGIS, BELANDA, BRITISH, JEPUN DAN KOMUNIS. Untuk mengetahui bagaimana kuasa2 Besar ni menjajah Tanah Melayu, Sila baca enteri yang seterusnya.

Salam Pembuka Bicara
Posted by
Muhammad Izzuan Bin Roslan
on Tuesday, 8 November 2011
Labels:
Pengenalan
/
Comments: (0)
Salam Perkenalan Sahabat. Blog ini ditubuhkan supaya dapat membantu anda terutama golongan remaja untuk memahami bagaimana tanah air kita berjaya mencapai kemerdekaan setelah lama dijajah oleh bangsa- bangsa asing. Di blog ini, saya lebih menekankan keadaan Malaysia sebelm mencapai kemerdekaan. Saya akan membantu anda dengan menerangkan serba ringkas sejarah negara tanpa membuat anda membacanya terlalu panjang dan bosan. Diharapkan anda dapat mendapat input-input yang berguna daripada blog ini. Akhir kata pembuka Bicara
Saya Sayang Malaysia